Pendapat mengenai hukum mengucapkan Selamat Natal
Seperti yang termaklum, secara ringkasnya hukum ini terbelah kepada dua bahagian.
Ada dua pendapat dalam permasalahan ini:
1. Ibnu Taimiyah, Ibnu al-Qayyim, para pengikut dan ulamak yang  lainnya berpendapat bahawa hukum mengucap selamat Hari Natal adalah  haram karena perayaan ini adalah antara syiar Kristian. Dan pengucapan  selamat itu dilihat sebagai tasyabbuh (menyerupai) dan atas dasar ini,  maka ia diharamkan.
Mereka juga berpendapat wajib menjauhi berbagai perayaan orang-orang  kafir, menjauhi sikap menyerupai perbuatan-perbuatan mereka, tidak  menolong seorang Muslim dalam menyerupai perayaan hari raya mereka,  tidak mengucapkan selamat atas hari raya mereka serta menjauhi  penggunaan berbagai nama dan istilah khusus didalam ibadah mereka.
2. Jumhur ulama masa kini membolehkan pengucapan Hari Natal,  antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi yang berpendapat bahwa perubahan masa  menjadikan dia berbeza pandangan dengan Ibnu Taimiyah.
Al-Qaradhawi membolehkannya apabila mereka adalah orang-orang yang  lembut ke atas Muslimin, lebih-lebih lagi apabila ada hubungan  kejiranan, teman sekuliah, sepejabat dan lain-lainnya. Hal ini termasuk  dalam berbuat kebajikan yang tidak dilarang Allah.
Tidak dilarang bagi seorang muslim atau badan Islam memberi selamat  atas perayaan ini, baik dengan lisan atau pun pengiriman kad ucapan yang  tidak menampilkan simbol mereka atau berbagai ungkapan keagamaan yang  bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti salib.   Ucapan-ucapan yang digunakan dalam pemberian ucapan selamat ini pun  haruslah yang tidak mengandungi unsur pengukuhan ke atas agama mereka.
Tidak dilarang menerima hadiah mereka karena sesungguhnya Nabi s.a.w  telah menerima berbagai hadiah dari bukan Muslim seperti al-Muqouqis  Pemimpin al Qibthi di Mesir dan juga yang lainnya dengan syarat bahawa  hadiah itu bukan yang diharamkan seperti arak, daging babi dan lainnya.
Antara para ulama yang membolehkan hal ini adalah Dr Abdus Sattar  Fathullah Sa’id, Dr. Muhammad Sayyid Dasuki, Ustadz Musthafa az Zarqo  serta Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. (www.islamonline.net)
Tapi, mengikuti program Natal bersama bagi umat Islam hukumnya haram.  Supaya umat Islam tidak terjerumus kepada syubhat dan larangan Allah,  maka dianjurkan untuk tidak mengikuti kegiatan-kegiatan perayaan Natal.
Berkasih sayang penganut Kristian, tapi maruah Islam harus dipelihara
Namun, sikap baik kepada mereka bukan bererti harus kita terjun dalam prinsip agama, dalam lingkungan aqidah mereka.
Kembali kepada formula awal tadi. Sikap, pendirian dan amalan kita mestilah berteraskan kepada maruah dan kasih sayang.  Atas nama kasih sayang, boleh hadir dalam jamuan mereka, tetapi untuk  mengangkat doa, mengaminkan bacaan doa mereka, maka hal itu tidak  diperlukan, kerana ini bersangkutan maruah agama.
Lihat juga bagaimana dalam kes-kes Rasulullah s.a.w bertindak ketika  berdepan dengan orang-orang bukan Islam. Ada waktu-waktunya, seperti  baginda mengalah, berkompromi tetapi dalam hal lain, baginda bertegas.
Dalam kes Hudaibiyyah, baginda mengalah kerana hal itu tidak terkait  dengan hal ibadat. Tapi, baginda enggan mengalah dan tunduk kepada  permintaan yang mahu berkompromi soal ibadat, misalnya hari ini  Rasulullah s.a.w menyembah berhala bersama-sama orang-orang kafir  manakala esoknya orang kafir akan menyertai nabi menyembah Allah.
Hal ini nabi tolak melalui penyataan: ‘Lakum diinukum wa liya deen.’ (Kamu dengan hal agamamu, aku dengan urusan agamaku.)
Demikian juga ketika nabi dipujuk untuk diserahkan wanita, harta  termasuklah diangkat sebagai pemimpin, maka nabi menolak ajakan tersebut  kerana syaratnya ialah tinggalkan urusan dakwah Islam ini.
Ringkasnya, dalam hal maruah, tiada kompromi. Tetapi, kita mestilah  raikan saudara non Muslim atas nama kasih sayang dengan menziarahi  mereka jikalau ada jemputan kenduri, acara makan dan minum petang di  rumah mereka.
Sebenarnya, agak sulit untuk non Muslim memahami beberapa perkara  dalam Islam ini kerana ruang untuk mereka faham ini agak terbatas dan  pendidikan kita tidak menjurus kepada usaha untuk memahamkan non Muslim  di negara ini terhadap agama Islam.
No comments:
Post a Comment