Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu  beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan  air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu  saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan  sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi  saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali  dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan  sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.  Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena  meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya.  Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak  saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di  belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.  Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju  iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan  lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya  dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar  pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah  dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.  Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan  memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori  dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di  udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah  helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia  melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu  feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu  terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat  takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia  menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia  menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan  kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.  Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik  ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg  tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu  lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu  pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia  membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua  anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai  mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah  terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia  menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan  semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk  mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya  menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan  peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut  dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana  terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah  kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
haha. ini betul?
ReplyDeletentah la.. ak amik dr site amazingnara klu xsilap..
ReplyDelete