Article 19: Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.
Universal Declaration of Human Rights

Sunday, May 22, 2011

Tulang Rusuk Seorg LELAKI

Saja nak share...hehe...sebagai renungkan kita bersama......

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...
   Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Saturday, May 14, 2011

Jom Makan!!

Perkara ni perkara biasa kita dengar..Ingat  masa kecik-kecik dulu, mak ayah selalu pesan, "makan sampai licin.."..Aku masa kecik tak faham sebab ape diorang cakap macam tu..Kadang-kadang tak abis pun makan.. menyusahkan mak aku je sediakan makanan dan hidangkan untuk aku..

Rupa-rupanya, makan sampai licin ni sunnah nabi saw.. Ada hadith pasal perkara ni dalam kitab riyadhus solihin.. Dalam makanan yang kita makan tu, kita pun tak tau mana satu yang berkat makanan tu..mungkin butir nasi yang terakhir atau suapan yang terakhir, hadith:-

إنَّكُم لا تَدْرُونَ في أَيِّها الْبَرَكَةُ
“ Sesungguhnya kamu tidak mengetahui di mana terdapatnya keberkatan pada makanan kamu.”