Hari ini sekali lagi penulis ingin berkongsi 
dengan para pembaca mengenai adab-adab jimak isteri mengikut Cara Islam.
 Mungkin perkongsian ini memberikan kita kesedaran yang mungkin selama 
ini kita kurang jelas mahupun tidak ketahui.
 
 “Telah 
menceritakan kepada kami oleh Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad
 bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada
 Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada 
Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda:
 
 
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka 
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh 
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
 mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan 
Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi
 di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai 
setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila,
 sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah 
tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4
 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
 1. Susu
 2. Cuka
 3. Coriander (Ketumbar)
 4. Apple Masam
 
 Saidina Ali r.a bertanya :
 “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?
 Baginda menjawab :
 “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat 
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya 
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak 
dapat anak.
 Saidina Ali r.a bertanya :
 “Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ?
 Baginda menjawab :
 “Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
 Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
 Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.
 
 2.“Wahai Ali..! janganlah engkau berjimak dengan isterimu pada awal 
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua 
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan 
sopak mudah mengenainya dan anaknya.
 
 3. “Wahai Ali..! janganlah
 berjima dengan isterimu selepas zohor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. 
mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jimak pada waktu itu, maka 
ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang 
bermata juling.
 
 4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap 
semasa jimak, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu 
berdua anak dengan jimak yang demikian, maka anak itu tidak selamat 
daripada bisu.
 
 5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj 
perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjimak, (jika tidak) 
sesungguhnya mewarisi buta hati.
 
 6. “Wahai Ali..! janganlah 
berjimak dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka
 sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu 
berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.
 
 7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca 
Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua 
api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.
 
 8. “Wahai 
Ali..! janganlah berjimak dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala 
dan pada isterimu satu tuala.(jangan bogel semuanya)
 
 9. “Wahai 
Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, 
nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat 
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
 akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada 
berpecah dan talak.
 
 10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak 
dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu 
daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu 
berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti 
kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.
 
 11. “Wahai 
Ali..! janganlah berjimak dengan isterimu pada malam Aidil Fitri (Raya 
Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu 
berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya 
kecuali sudah tua.
 
 12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak 
dengan isterimu pada malam Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu 
berdua berjimak pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan 
kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari
 enam atau empat.
 
 13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak 
dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung @ direct) dan 
terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), 
jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua
 anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam 
meminta-minta dan faqir sehingga mati.
 
 14.“Wahai Ali..! 
janganlah kamu berjimak dengan isterimu di bawah pohon kayu yang 
berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua 
anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau
 seorang ketua yang bengis,
 
 15. “Wahai Ali..! janganlah kamu 
berjimak dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjimak 
pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu
 berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.
 
 16. 
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu semasa ia hamil 
kecuali kamu berdua berwudhuk, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah 
s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang
 buta hati dan bakhil tangan.
 
 17. “Wahai Ali..! janganlah kamu 
berjimak dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Syaban, maka 
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu 
berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan
 rambutnya.
 
 18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan 
isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya 
yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
 nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.
 
 19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu dengan 
syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian
 itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua 
anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang 
yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.
 
 20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu di atas 
loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. 
mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang 
munafiq, pelampau yang melewati batas.
 
 21. “Wahai Ali..! 
janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar 
musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. 
mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada
 yang tidak Haq, dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal 
Mubazziriina kaanu ikhwan Nas Syayathin”.
 
 22. “Wahai Ali..! 
janganlah kamu berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir 
dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya 
bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia 
menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.
 
 23. 
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada awal malam, 
maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi 
seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.
 
 24. “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu bacalah : 
“Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.Maka yang
 demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak 
dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.
 
 25. 
“Wahai Ali..! hendaklah kamu berjimak dengan isterimu pada malam Isnin 
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua 
anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah 
(Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an 
buruk Qada’ dan Qadar Allah).
 
 26. “Wahai Ali..! jika kamu 
berjimak dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi 
kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah 
syahadah : Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah dan Allah 
s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang 
musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, 
bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.
 
 27. “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu malam Khamis, maka
 Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, 
atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.
 
 28. 
“Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu sewaktu matahari di 
tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
 yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi 
seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan 
agama dan dunia.
 
 29. “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan 
isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang 
pemidato yang berwibawa dan petah.
 
 30. “Wahai Ali..! jika kamu 
berjimak dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. 
akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
 
 
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Jumaat 
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti 
menjadi seorang yang abdal (terkemuka).
 
 Sumber: jimakisteri.com
No comments:
Post a Comment