Just sharing..sejauh maner kebenarannye ak pn xtau..
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami
saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak
hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia
mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila
mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol
atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan
herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol
adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut
doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama
sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang
pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana
tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur
30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis)
setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai
rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol
minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2.
Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya
dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah
lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia
akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol
adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin
lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos
yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita
semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk
wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan
mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak
melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau
Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia
akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda
memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Sumber :- http://www.omaQ.org
Ish...ni kena tanya pharmacist betul ni...
ReplyDeletehaha.. try la tnye.. maner tau betul ker.. =D
ReplyDelete