Article 19: Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.
Universal Declaration of Human Rights

Friday, September 9, 2011

Makhluk Yg Paling Hebat

Rasulullah صلى الله عليه و سلم telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini, di peringkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap, tanah-tanih yang bergelombang bagaikan cecair.

Lalu ALLAH SWT menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi, dengan itu dataran bumi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan lain-lain makhluk.

Setelah itu, malaikat bertanya kepada ALLAH SWT, selain dari gunung batu yang pejal itu, masih adakah lagi yang lebih kukuh dan kuat dari batu-batu dan pejal? ALLAH SWT memberitahu kepada malaikat, bahawa selain dari batu ada makhluk lain lagi yang lebih kuat, iaitu besi.



Malaikat bertanya lagi kepada ALLAH SWT, apakah makhluk yang lebih kuat daripada besi? ALLAH SWT memberitahu malaikat bahawa api lebih mempunyai kekuatan untuk mengatasi kepejalan besi. Dengan kepanasan yang tinggi, besi dapat dicairkan.

Kemudian malaikat bertanya pula kepada ALLAH, apakah makhluk yang lebih kuat dan gagah boleh mengatasi kehebatan API? Maka ALLAH SWT memberitahu bahawa AIR lebih berupaya mengatasi api, terbukti air dapat memadamkan api.

Malaikat terus bertanya kepada ALLAH, apakah makhluk lain yang boleh menguasai kehebatan air? Lalu ALLAH SWT memberitahu malaikat-malaikatNYA, sesungguhnya angin adalah makhluk yang lebih kuat daripada air. Sebab itu apabila ALLAH jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan, ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri daratan, melanda dan memusnahkan segala apa yang ada di permukaan bumi.

Malaikat masih tidak jemu dan ingin tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu, ALLAH SWT memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang hebat daripada semua makhluk yang disebut di atas. Dia ialah SEORANG yang bersedekah secara SENYAP, sehingga apabila tangan kanannya menghulur, tangan kirinya tidak mengetahui.

Maksudnya ialah, orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana ALLAH SWT semata-mata. Dia merahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Kekuatan menahan dari terbocor kepada orang lain dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.



╰♥╮Dipetik daripada buku TAQWA
╰♥╮Karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
 ╰♥╮Source: Klik Disini

No comments:

Post a Comment