Article 19: Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.
Universal Declaration of Human Rights

Monday, March 14, 2011

Lagi Isu Tidak Sensitif Malaysia

1. Penyataan  Datin Seri Paduka Rosmah Mansor mengenai tragedi gempa bumi dan tsunami di Jepun.
    Rosmah Mansor menyatakan bahawa malapetaka tsunami dan gempa bumi di Jepun itu berpunca dari kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam. ‘Kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam‘. Aku terkejut dengan penyataan kau. Bukan itu saja, aku malu, dan marah.
    Kalau kau nak tahu, negara Jepun sangat mengambil berat dalam hal alam sekitar terutamanya apabila melibatkan sebarang projek pembangunan dan teknologi. Kami pelajar engineering di Jepun sangat diberi penekanan terhadap kesan pembangunan terhadap alam sekitar oleh lecturer kami.
    Teknologi Eco sangat digalakkan oleh kerajaan. Kau tahu, kerajaan Jepun beri duit kalau kau beli barang yang menggunakan teknologi Eco dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Aku dapat 5000Yen sebab beli TV Sony yang Eco. Kerajaan kita ada? Dimana teknologi mesra alam yang Malaysia gunakan? Di sini, kami kongsi duit beli kereta Prius. Ya, kereta hybrid. Kenapa? Sebab cukai kereta hybrid lebih murah! Inilah negara Jepun yang kau cakap ‘lalai melaksanakan pembangunan mesra alam’.
    Aku rasa semua sudah maklum kenapa gempa bumi boleh berlaku. Ya, kerana pergerakan plet pada kerak bumi. Gempa bumi di kawasan laut boleh membawa kepada tsunami. Itu general knowledge. Takkan benda mudah itu pon kau tak tahu. Aku malu dengan kau. Budak Jepun yang masih di tadika pon boleh jawab.
    2. Berita mengenai status keselamatan Maria Ozawa dalam Kosmo!

    Kau bimbang pasal Maria Ozawa? Wadahel? Dalam berjuta orang di Jepun ini, Maria Ozawa jugak kau nak laporkan. Kenapa? Maria Ozawa memainkan peranan penting dalam hidup editor Kosmo? Maria Ozawa membantu untuk menaikkan industri
    pornografi
    hiburan di Malaysia?
    Apa kau nak jawab bila ada budak kecil yang peka dengan isu gempa bumi di Jepun membaca laporan tersebut dan bertanya:
    “Ayah, Maria Ozawa tu siapa?”
    “Mak, porno tu apa?”
    Apa kau nak jawab? Aku tanya kau.
    Kesimpulan
    Aku kecewa dengan Rosmah. Aku marah dengan Berita Harian. Aku geram dengan Kosmo!
    Insiden kali ini menunjukan di mana Malaysia berdiri dalam membantu negara Jepun menghadapi dugaan kali ini. Satu sahaja yang aku cukup risau. Bagaimana Jepun akan melihat Malaysia selepas ini?
    Aku takut rakyat Jepun akan memandang serong terhadap Malaysia. Sebab pihak pertama yang akan terkena tempias ini ialah rakyat Malaysia di Jepun. Ya, termasuk aku. Aku takut. Apa nak jawab kalau member aku tanya? Apa aku nak jawab kalau sensei aku tanya? Aku masih belum ada jawapan.
     diambil dr blog mmbr ak..
    http://clumzycaffein.wordpress.com/2011/03/14/tsunami-gempa-bumi-aku-marah-ni/

    No comments:

    Post a Comment