Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan  umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar  pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60  hingga 70 tahun.   
Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata,  sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral  itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi  mangsanya.     Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu  dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika  dia masih bergelar isteri orang.
“Kira-kira tujuh tahun saya  curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua  kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang  saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu.    “Selepas  menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup  saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan  barangan kemas,” katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian  hidup dengan bekas suami.
Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya  berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada  bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada  mereka.
“Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya  tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah,”  katanya.
Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan  meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan  harga mencecah ratusan ringgit.
“Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut,  namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya  mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.
“Saya  menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu  meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga,”  katanya.
Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada  setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg  tangannya.
Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu  sambil membelai lelaki ‘hidung belang’ dia bukan saja mendapat wang,  malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.
“Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan  lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat  mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.
“Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang  lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang  melakukan kerja ini,” katanya.
sumber:Harian Metro
No comments:
Post a Comment