Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi  cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya  begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun  Bersama  Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan  pemeriksaan  mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks  beli-belah, untuk  memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup  aurat.
Saya  tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya  didapati  melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran  bagi  kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi   garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan  bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya  adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana  hukuman dan  denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam  satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,  seorang  gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di   sebuah  pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup  aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah  surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la  nasihat,  "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.  Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi   menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala   perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat  bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke  dalam neraka."
Gadis  tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak  "Kalau  Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan  syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha  Penyayang?" Mungkin dari  tadi dia sudah panas telinga, tak tahan  dengar nasihat ustaz. Sudah  la  hati panas kena denda sebab dia tak  pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh  rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau  Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada.  Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia  terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.  Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka  apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.  Manusia tak  perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan  bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima  hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya  ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je."  Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke  dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu  Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang  derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia  ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita  untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk  kebaikan diri kita juga."
SOURCE : iluvislam.com
No comments:
Post a Comment