Perkahwinan seumpama ini memang tersangat biasa kerana  keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu  anak pregnant luar nikah, cepat cepat  kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....
Persoalan  ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain  timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di   sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan  2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu  dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka  berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang  lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu  merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan  4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga  melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh  bernikah sekali lagi, secara sah.
  
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!
Soalan  6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat  mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada  ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan  lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia  bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan  8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau  bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan  yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan  segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka  boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya  kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu  kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 :  Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda  sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan  keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan  tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: 
Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi dan  saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan,  membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka  juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia  atau pun di akhirat....
Tolong jangan abaikan email ini.  Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami  betul-betul serta bincanglah dengan imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya:
Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan  ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
No comments:
Post a Comment