Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang  membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail.  Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia  memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan  boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada  kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak  berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap  manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam  melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh  diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu  hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat  letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran  tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta  itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun  melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya  bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan  Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri  kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan  ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung  tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu,  terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli  dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si  bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja  ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.  Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah  melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila  anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.  Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya  menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si  ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya  didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak  yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus  ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula  belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju  dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong,  tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia  sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan  kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa  masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan  penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu,  membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang  tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam  bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air  sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan  kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan  harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu.  'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang  dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di  bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga  hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu  juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita  demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si  ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik  pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah,  dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu  rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang  nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai  waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia  dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad  pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada  pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak  itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu  teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu  dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan  terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang  terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung  merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si  bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar  dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak  menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya  berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian  ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua  menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara  dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat  lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..  sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan  rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang  wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu  meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat  suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat  apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main  macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan  gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat  hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)
No comments:
Post a Comment