Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah  seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan  panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung  tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat,  maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si  lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still  dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok  itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di  dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak  ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah  menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi  syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat  lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam  fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?"  Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu  syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata  dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar  dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan  yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki  itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah  pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
"Bodoh!  Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki  tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila  ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang  perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya  bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki  jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu  apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan  menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang  baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri.  Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.
Ada  seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak  besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya.  Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah  seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila  lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi  masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.
You  see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman  sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan  tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men  out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun  kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku  sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus  terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.
Aku  tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada  melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam  surah An-Nuur ayat 30 ni:
Katakanlah kepada orang  laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan  memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,  sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Tetapi,  tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai  tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31  ni:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah  mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka  menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan  hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah  menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,  atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera  suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera  saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau  wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau  pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap  wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan  janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka  sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai  orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
You see  that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar  sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal  benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan  lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks.  Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan  oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
Aku  harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang  pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa  salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk  berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup  bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang  sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung  yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan
No comments:
Post a Comment