Article 19: Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.
Universal Declaration of Human Rights

Thursday, March 31, 2011

Guru wanita 'gatal'

Perbuatan serius walaupun kes terpencil

SEORANG guru wanita sebuah sekolah di Forth Worth, Amerika Syarikat, meletakkan jawatan selepas didakwa menjalin hubungan seks dengan pelajarnya, yang berusia 16 tahun. Akibat perbuatan itu, guru terbabit, Jennifer Riojas, 25, yang turut mengandungkan anak pelajarnya itu ditahan di sebuah penjara sementara menunggu diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM62,310).
Di Malaysia pula, baru-baru ini, kisah guru wanita ‘mengusik’ pelajar lelaki didedahkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Guru wanita itu dilaporkan ‘mengusik’ pelajar lelaki sekolah menengah yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik.
Ia memperlihatkan semuanya boleh berlaku. Sebelum ini, biasa kita dengar guru lelaki melakukan pelbagai salah laku, mengambil kesempatan ke atas murid, terutama perempuan seperti ‘mengusik’, mencabul kehormatan atau merogol ketika di sekolah atau tuisyen.

Saturday, March 26, 2011

Siti Impian


Siapakah 9 orang SITI yang paling layak diangkat sebagai idola? Adakah Siti Nurhaliza? Siti Sarah Raisuddin? Cik Siti Wan Kembang? CT Plaza? Ataupun Si Tikus? Harrr.. Jom kita pakat tengok sapa yang kenaaaa.... Tempat Pertama jatuh kepada..........

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

Wednesday, March 23, 2011

Elemen Penting Yg Perlu Ada Dalam Solat

KEBANYAKAN umat Islam dalam kecanggihan masa kini kian menumpulkan kepekaan dengan kewajipan solat fardu yang menjadi tiang agama dan batas pembeza antara orang Islam dengan bukan Islam. Mereka sangat berani meringankan solat, malah lebih malang langsung tidak solat. 

Tindakan yang mereka ambil ini tanpa rasa bersalah terhadap Allah SWT. Keadaan gerhana ini semakin memburuk dari sehari ke sehari yang bukan saja melanda golongan muda remaja, bahkan juga dewasa dan tua, yang sudah sewajarnya menginsafi dan memahami secara dalam tujuan hidup seorang Muslim di dunia ini. Benarlah apa yang digambarkan dalam al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam: 59)
Dalam ayat lain, Allah memberi ancaman kepada golongan yang lalai dalam solat yang bermaksud: “Neraka wail bagi orang yang solat iaitu mereka yang lalai dalam solatnya.” (al-Ma’un: 4-5)

Thursday, March 17, 2011

Kemalasan

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu.

Keluhannya mengandungi kata-kata, “Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.”

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami

JAPAN -- The massive earthquake that struck northeast Japan last March 11 has shortened the length Earth's day by a fraction and shifted how the planet's mass is distributed.

A new analysis of the 8.9-9.0 magnitude earthquake in Japan has found that the intense temblor has accelerated Earth's spin, shortening the length of the 24-hour day by 1.8 microseconds, according to geophysicist Richard Gross at NASA's Jet Propulsion Laboratory in Pasadena, Calif.

Gross refined his estimates of the Japan quake's impact - which previously suggested a 1.6-microsecond shortening of the day - based on new data on how much the fault that triggered the earthquake slipped to redistribute the planet's mass. A microsecond is a millionth of a second.

Monday, March 14, 2011

Lagi Isu Tidak Sensitif Malaysia

1. Penyataan  Datin Seri Paduka Rosmah Mansor mengenai tragedi gempa bumi dan tsunami di Jepun.
    Rosmah Mansor menyatakan bahawa malapetaka tsunami dan gempa bumi di Jepun itu berpunca dari kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam. ‘Kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam‘. Aku terkejut dengan penyataan kau. Bukan itu saja, aku malu, dan marah.
    Kalau kau nak tahu, negara Jepun sangat mengambil berat dalam hal alam sekitar terutamanya apabila melibatkan sebarang projek pembangunan dan teknologi. Kami pelajar engineering di Jepun sangat diberi penekanan terhadap kesan pembangunan terhadap alam sekitar oleh lecturer kami.

    Berita Harian Tidak Sensitif

    Well, bg pembaca akhbar Berita Harian korg msti tau yg akhbar tersebut telah meletakkn lukisan pasal tsunami di Jepun.. Tp lukisan tu telah menimbulkn kemarahan rakyat Malaysia kerana lukisan tuh dianggap sebagai tidak keterlaluan.. malah lukisan tu sndiri di cemuh oleh pihak luar negara dan smpi masuk CNN kot.. Tahniah la berita harian.. Korg da femes smpi luar negara.. Len kali klu nk wat sesuatu pikir2 la pasal sensitiviti org ramai..

    Fahami akta sebelum bincang isu Islam

    PERKARA 11 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada setiap rakyat menganut dan mengamalkan ajaran agamanya tetapi Perkara 11 juga memberi sekatan kepada pengembangan agama bukan Islam dalam kalangan penganut Islam.
    Ini disebabkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan istimewa agama Islam berbanding agama lain di Malaysia. Hal itu diakui penghakiman mahkamah seperti dalam kes Meor Atiqurrahman dan Lina Joy.
    Perkara 11(4) Perlembagaan menyatakan undang-undang boleh digubal badan perundangan negeri dan Parlimen bagi Wilayah Persekutuan untuk mengawal penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.

    Bermalam Di Katil Seorg Lelaki

    Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

    Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

    Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

    Saturday, March 12, 2011

    Jepun Dilanda Tsunami

    Seperti yg kita ketahui pada 11 Mac 2011 sekitar 3.46 p.m. waktu Malaysia, Tsunami telah melanda Jepun..
    Ini adalah tsunami yg terburuk yg pernah direkodkn dlm tempoh 140 tahun..
    Kerajaaan malaysia juga telah mengeluarkan amaran tsunami dan kita diminta mnjauhi persisiran pantai..
    So, saper2 yg nk gi mndi dan lepak2 kt pntai tuh lupe2 kn la hajat tuh smntara waktu..
    Bahaye kot.. Silap2 leh maut kn..

    Friday, March 11, 2011

    Menyesal Kawin??

    Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

    Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

    Wednesday, March 9, 2011

    Melihat Muka Orang Yg Kita Sayang Sedang Tidur

    Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur..
    Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur..
    Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka...

    Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

    Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

    Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

    Saturday, March 5, 2011

    Awas Lelaki Warga Emas

    Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun.
    Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.

    Friday, March 4, 2011

    04 Mac 1989/ 26 Rejab 1409

    Selamat Hari Lahir Kepada Ali Arsyad..

    Rahsia Bulan Kelahiran Saya:

           March
    • Berpesonaliti menarik dan menawan.
    • Mudah didampingi.
    • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
    • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.

    Tuesday, March 1, 2011

    Syarikat2 Malaysia

    TM Net kata;"CONNECTIONS MAKE ANYTHING POSSIBLE".


    Pastu Celcom lak bls;"Ceh...x best. WILAYAH KAMI TERPANTAS kot!"


    WiMAX plk lwn;"POTONG...POTONG...POTONG."


    Customer pening xtau nk pilih yg mana.