Just nk share.. hari tuh ade trdengar pasal kawin lain agama =)
Perkahwinan dalam Islam merupakan salah satu perjanjian suci dan  mengikat pasangan. Rujukan boleh dilakukan kepada Surah An-Nisa pada  ayat 21:- 
yang bermaksud:
“Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.”
Di dalam dunia metropolitan ini, adalah tidak menjadi satu perkara  asing bagi seseorang untuk jatuh cinta dengan seseorang yang berlainan  bangsa dan agama. Apa yang perlu diketahui adalah apa yang patut  dilakukan sekiranya pasangan ini mahu meneruskan perhubungan dengan tali  perkahwinan.
Sememangnya terdapat beberapa pendapat ulama mengenai perkahwinan di  antara mereka yang berlainan agama. Pendapat-pendapat ini juga berbeza  bagi seorang lelaki dan perempuan muslim. Kita juga harus merujuk kepada  sistem perundangan syariah.
Kita dapat merujuk kepada beberapa ayat di dalam al-Quran. Surah Al-Baqrah pada ayat 221:- 
menyatakan bahawa;
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir  musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya  seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan  kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Orang kafir itu  mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi  keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya  (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia supaya mereka  dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”
Di dalam Surah Al-Maidah Ayat 5 juga Allah telah menegaskan 
“Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan wanita yang menjaga  kehormatan di antara wanita yang beriman dan wanita yang menjaga  kehormatannya daripada kalangan orang yang diberikan kitab dahulu  daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu  bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi  perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar sesudah ia beriman, maka  sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari  akhirat kelak daripada orang yang rugi.”
Memusnahkan
Persoalan yang terdapat di dalam 2:221 adalah berhubung dengan situasi  peperangan yang berlaku pada masa tersebut. peperangan ini bukan sahaja  berkenaan mereka yang beragama lain tetapi bagi mereka yang mahu  memusnahkan umat dan agama Islam.
Perkahwinan bersama mereka yang mahu memusnahkan umat Islam akan  mengakibatkan pelbagai masalah dan komplikasi, malah perkahwinan yang  telah wujud juga terpaksa diputuskan. Rujukan kepada Al-Mumtahanah, ayat  10.
Pendapat ulama ada menyatakan bahawa ayat yang tidak membenarkan  perkahwinan ini hanya ditujukan kepada mereka yang menyembah berhala  sahaja.
Ini bermakna bahawa perkahwinan bersama ahlil kitab (pasangan yang  agamanya dari kitab yang terdahulu) adalah dibolehkan. Para ulama dengan  merujuk kepada beberapa ayat di dalam al-Quran telah bersependapat  bahawa ahlil kitab adalah mereka yang beriman dengan kitab Zabur, Taurat  dan Injil.
Ahlil kitab termasuk kaum Saabin, dengan merujuk kepada al-Maidah, Ayat 69 yang menyatakan: 
“Sesungguhnya orang yang beriman dan orang Yahudi dan orang Saabiin dan  orang Nasrani sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah  dan hari akhirat serta beramal salih, maka tidaklah ada kebimbangan  terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
Dalam perundangan syariah di Kuala Lumpur pula, Bahagian II  (Perkahwinan) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan  1984 perlu dirujuk. Seksyen 7 menyatakan bahawa setiap perkahwinan di  Wilayah persekutuan haruslah mengikut peruntukan di dalam Akta dan  diakadnikahkan menurut hukum syarak.
Seksyen ini memberi mahkamah bidang kuasa di dalam mana-mana perkahwinan di Kuala Lumpur.
Rujuk
Seksyen 10(1) menyatakan bahawa tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang `Kitabiyah‘.
bagi mentafsirkan `Kitabiyah’ Seksyen 2 Akta tersebut menyatakan bahawa `Kitabiyah’ adalah:
(a) Seorang perempuan dari keturunan Bani Ya’qub; atau
(b) seorang perempuan nasrani dari keturunan orang-orang nasrani sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul; atau
(c) seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang-orang Yahudi sebelum Nabi Isa menjadi Rasul.
Oleh kerana setiap perkahwinan di Kuala Lumpur haruslah menurut  peruntukan perundangan syariah maka kedua-dua seksyen ini haruslah  dipatuhi. Ini bermakna sesiapa sahaja yang mahu berkahwin dengan seorang  lelaki / perempuan yang beragama lain, harus menunjukkan bukti bakal  pasangannya adalah seorang `Kitabiyah’ berdasarkan definisi yang telah  ditetapkan di dalam Seksyen 2.
Sekiranya ini dapat dilakukan maka perkahwinan tersebut akan  dibenarkan. Seperti yang tersebut di atas, Seksyen 7 menyatakan  penggunaan hukum syarak sebagai salah satu syarat dalam mengakadnikahkan  pasangan hukum syarak menurut Seksyen 2 bermaksud Undang-Undang Islam  dalam mana-mana mazhab yang sah.
Alasan
Sekiranya mereka dapat memberi apa-apa alasan menurut hukum syarak yang  membolehkan mereka berkahwin dengan pasangannya, maka alasan ini boleh  dipertimbangkan oleh mahkamah.
Suatu permohonan boleh dikemukakan di mahkamah syariah.
Sememangnya terdapat negara lain yang membenarkan perkahwinan  yang berlainan agama tetapi perkara yang sama tidak dibenarkan di negara  kita (Malaysia). Kebanyakan perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan sivil. Ini bermakna perkahwinan tersebut akan berada di bawah bidang kuasa dan undang-undang keluarga sivil.
No comments:
Post a Comment